Seo Services

Sultan Johor Derma Anak Yatim RM1 juta


Susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul Piala AFC baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan mendermakan RM1 juta kepada rumah anak yatim di Johor.

Menerusi laman Facebook rasminya, Sultan Ibrahim bertitah, anakandanya Tunku Mahkota Johor, Sultan Ismail turut akan menderma kepada masjid di negeri Johor.

"Tunku Mahkota Johor kata beliau ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka beliau akan menderma kepada semua masjid di negeri Johor.

"Dan saya sendiri pula dah bernazar untuk menderma sebanyak RM 1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di Johor," titah Sultan Ibrahim dipetik laman Facebook rasminya, hari ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah, satu keraian turut akan dibuat di Dataran Bandaraya Johor untuk meraikan kemenangan JDT.

"Bila Tunku Mahkota balik ke Johor pada 18 November nanti, insya-ALLAH, Piala AFC akan dipamerkan ke semua daerah di negeri Johor, supaya rakyat Johor dapat melihat piala itu.

"JDT adalah milik Bangsa Johor. Kesetiaan anda semua telah membawa kita ke tahap ini," titahnya lagi.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih ke atas sokongan padu dan doa semua.

Skuad Harimau Selatan menumpaskan FC Istiklol dalam perlawanan akhir Piala AFC 2015, di Tajikistan, pada 31 Oktober lalu. - SH
Sultan Johor Derma Anak Yatim RM1 juta Sultan Johor Derma Anak Yatim RM1 juta Reviewed by Unknown on November 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.