Pujian harus diberikan kepada Gottlieb Daimler dan Paul Maybach yang berasal dari Jerman kerana kejayaan mereka berdua yang mencipta motorsikal yang pertama di dunia.
Di bina pada tahun 1885, motorsikal tersebut dibina dengan rangka kayu dan dikuasakan oleh enjin petrol primitif dan disokong oleh sepasang ‘roda latihan’ , dan tempat duduk penunggang yang tinggi pada kulit pelana nipis.
Seperti rakan-rakan automotif mereka yang lain, pelbagai jenis reka bentuk dan janakuasa telah di bina bagi percubaan mencipta motorsikal yang terawal.
Kebanyakan enjin wap telah dilaksanakan pada zaman tersebut, kedudukan berat dan saiz komponen pada enjin pembakar diletakan di belakang bagi mempercepatkan pergerakan motorsikal tersebut di atas jalan raya.
Sekurang-kurangnya, sebuah enjin jejari dipasang di roda hadapan tujuan untuk mendapatkan daya tarikan yang kuat serta pemanduan yang mudah kepada pemandu.
Tetapi kelemahan akan berlaku sekiranya enjin motorsikal tersebut berhenti atau mati sekiranya motorsikal berhenti untuk singgah oleh pemandu.
Pada awal 1900an, kebanyakan reka bentuk motorsikal adalah dengan menggunakan satu silinder enjin petrol yang dipasang di antara rangka ‘downtubes’ dengan tangki bahan api atau tangki minyak di atas.
Motor tersebut seperti di atas gambar diberi nama ‘Hildebrand And Wolfmuller’ dan ianya digunakan dengan teknologi ‘Twin Cylinder’, 4 Valve Water Cooler’ dan kapasiti enjin iaitu 1500 cc.
Motor yang pertama di dunia ini hanya mampu memecut dengan 2.5 kuasa kuda/horse power sahaja sekitar 240 rpm. -Sarawakiana
Sumber rujukan One Hunred Years Of Magnificent Machines oleh Doug Mitchel.
Sejarah Motorsikal Yang Pertama Di Cipta Di Dunia.
Reviewed by Unknown
on
November 16, 2015
Rating:
No comments: