Seo Services

Tindakan Izzah bertentangan lafaz sumpah MP

Pertemuan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram adalah bertentangan dengan lafaz sumpah seorang anggota Parlimen untuk menumpahkan taat setia kepada tanahair.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Nurul Izzah sebagai seorang Ahli Parlimen seharusnya tahu tanggungjawab beliau terutamanya dalam soal kedaulatan negara yang sama sekali tidak boleh dikompromi.

“Bagaimana mungkin seseorang ahli Parlimen sanggup berjumpa dengan ‘jurucakap’ kumpulan pengganas yang menceroboh negara kita, malahan memegang poster yang mempunyai perkataan – FILIPINO FRIENDS?

“Apakah motif di sebalik perjumpaan dengan jurucakap kumpulan pengganas ini?,” soal Azalina menerusi kenyataannya, Khamis.

Menurutnya, pencerobohan pengganas bersenjata Suluk di Lahad Datu hampir 2 tahun lalu adalah detik hitam bagi negara kita di mana kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur di tangan penceroboh.

Sekaligus, perjumpaan Nurul Izzah dan Jacel Kiram juga seolah-olah menjemput campur tangan anasir luar dalam urusan dalaman Negara kita.

Namun katanya, apa yang lebih mengecewakan ialah tindakan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu dengan kumpulan terbabit amat mendukacitakan lantaran beliau langsung tidak memahami perasaan dan kemarahan rakyat Sabah terhadap kumpulan penceroboh tersebut.

Sehubungan itu, kerajaan sedang mengkaji dan meneliti tindakan Nurul Izzah untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.- BNBBC
Tindakan Izzah bertentangan lafaz sumpah MP Tindakan Izzah bertentangan lafaz sumpah MP Reviewed by Admin on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.