Seo Services

Statistik Kemalangan Jalanraya di Sarawak Meningkat 6.65 Peratus - Polis


KUCHING: Polis Kontijen Sarawak melahirkan kebimbangan berikutan kes kemalangan yang dicatatkan di negeri ini setakat 17 November menunjukkan peningkatan 1,033 kes atau 6.65 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kemalangan yang dicatatkan adalah sebanyak  16,573 kes berbanding 15,540 kes berbanding tahun lepas.

"Bagi tempoh tersebut kemalangan rosak mencatatkan 15,810 kes, kemalangan ringan 252 kes, kemalangan parah 168 kes dan kes kemalangan maut 343 kes, dan jumlah kematian sebanyak 380 orang.

"Saya tidak berapa gemar dan berasa amat mendukacitakan dengan statistik kemalangan ini kerana bilangan kematian dalam kemalangan meningkat juga," katanya kepada para pemberita selepas Majlis Penyerahan kereta peronda (MPV) di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak hari ini.

Beliau menyeru masyarakat agar sentiasa berhati-hati di jalan raya supaya boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian. -Sarawakiana
Statistik Kemalangan Jalanraya di Sarawak Meningkat 6.65 Peratus - Polis Statistik Kemalangan Jalanraya di Sarawak Meningkat 6.65 Peratus - Polis Reviewed by Unknown on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.