Seo Services

Polis Marin Tahan Empat Lelaki Langgar Arahan Perintah Berkurung Di Semporna


SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan empat lelaki kerana melanggar arahan perintah berkurung di perairan Kapalai, dekat sini, Selasa lepas.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua mereka yang berumur antara 16 dan 27 tahun itu, ditahan dalam operasi di kawasan perairan berkenaan kira-kira pukul 11.43 malam.

"Ketika operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot pam yang di kawasan berkenaan dan apabila diperiksa terdapat empat lelaki menaiki bot pam itu, gagal mengemukan dokumen pemit pengecualian perintah berkurung.

Kesemua mereka kemudiannya ditahan kerana melanggar arahan perintah berkurung dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (2) Akta polis 1967," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu pihaknya turut merampas satu set peralatan untuk menyelam dan dua unit enjin bot pam.

Mohamad berkata kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM semporna untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

Polis Marin Tahan Empat Lelaki Langgar Arahan Perintah Berkurung Di Semporna Polis Marin Tahan Empat Lelaki Langgar Arahan Perintah Berkurung Di Semporna Reviewed by Unknown on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.