Seo Services

UEC Tidak Diiktiraf


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi kekal dengan keputusan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menterinya, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, sebab utama UEC tidak diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPTA adalah kerana sijil itu tidak selari dengan kurikulum kebangsaan seperti terkandung dalam Akta Pendidikan 1996. 

“Selain itu, bahasa Melayu dalam UEC juga tidak setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan liputan sejarah negara dalam kurikulum sijil berkenaan juga tidak mencukupi.

 “Syarat am kelayakan mema­suki IPTA adalah perlu lulus SPM dengan kepujian Bahasa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Menurut Mary Yap, kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan UEC diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPTA sekiranya pindaan terhadap kandungan kurikulumnya dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.

 “Kementerian berterima kasih dan mengambil maklum terhadap pandangan beberapa pihak yang menuntut agar UEC diterima pakai sebagai kelayakan yang sah untuk kemasukan ke IPTA,” katanya. -UTUSAN
UEC Tidak Diiktiraf UEC Tidak Diiktiraf Reviewed by Unknown on November 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.