Seo Services

Mourinho Akan Singkir Pemain Perosak

PEMINAT memakai topeng Jose Mourinho ketika perlawanan Chelsea menentang Stoke City di Stadium Brittania, Stoke-on-Trent kelmarin sebagai tanda sokongan kepada pengurus The Blues itu, yang dilarang daripada berada di stadium untuk satu perlawanan.

LONDON – Ketika kedudukannya semakin terancam ekoran kekalahan terbaharu dialami Chelsea Sabtu lalu, Jose Mourinho bersedia untuk melancarkan pelan transformasi dengan menyingkirkan pemain yang dianggap ‘perosak’ apabila pasaran perpindahan dibuka Januari ini jika masih diberi peluang untuk membimbing juara Liga Perdana Inggeris itu.

Akhbar Britain, The Sun, mendakwa Mourinho telah merayu kepada pemilik kelab Roman Abramovic untuk memberi masa kepadanya menyingkirkan beberapa pemain yang dikenal pasti memberi masalah kepada pasukan, sebelum kembali memacu The Blues ke landasan betul.

Akhbar Daily Mail pula mendedahkan, pengurus dari Portugal itu diberi masa untuk kekal di Stamford Bridge, tetapi harus menunjukkan kemajuan secepat mungkin.

“Dia (Mourinho) mahu me­nunggu hingga pasaran perpindahan bulan Januari dibuka untuk menyingkirkan pemain yang dianggap perosak dalam skuad dan mengembalikan mereka ke landasan yang betul.

“Jose tidak mahu diberi tarikh akhir untuk membangunkan semula pasukan, tetapi Roman telah memberitahu pengurus itu bahawa dia mahu melihat tanda-tanda keadaan mampu berubah,” lapor The Sun, yang memetik kenyataan sumber kelab yang enggan dikenali. – AGENSI
Mourinho Akan Singkir Pemain Perosak Mourinho Akan Singkir Pemain Perosak Reviewed by Unknown on November 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.