Seo Services

Ustaz Kasanova Kahwin 13 Wanita Kini Diburu JAWI


IMEJ dan lagak gayanya yang penuh Islamik dan kononnya merupakan mantan Imam Masjid Alice Spring di Australia pasti telah membuatkan ramai wanita dan keluarga wanita terpedaya dengan ‘ustaz kasanova’ ini.

Mohd. Razis Ismail kini diburu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Menurut Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya yang dipetik agensi Bernama, berkata waran tangkap telah pun dikeluarkan ke atas Mohd. Razis oleh pihak Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktokber lalu.

Ia berikutkan beliau atau nama baharunya iaitu Arrozi Abd. Rahman bagi tujuan penyamaran; didapati gagal untuk hadir ke mahkamah bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.

“Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak.

“Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek,” katanya.

Beliau tampil mendekati mangsa dan keluarga mangsa dengan penampilan dan perwatakan seorang yang mahir ilmu agama membuatkan mangsa dan keluarga akan percaya padanya.

Paimuzi menunjukkan gambar Mohd Razis Ismail, 33, atau dikenali sebagai ‘Ustaz Kasanova’
“Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi,” katanya.

Menurut beliau lagi, kebanyakan mangsa lelaki ini adalah pelajar institusi pengajian tinggi yang kebanyakan terpedaya dengan perwatakannya.

Manakala kebanyakan mangsanya adalah wanita yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi.

Sebelum ini, salah seorang daripada isteri suspek telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Syariah di sini pada 8 September lalu selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar nikah daripada tahun 2012 hingga 2015 dan mempunyai dua orang anak hasil hubungan tidak sah bersama suspek.

Suspek sepatutnya hadir di mahkamah sama pada tarikh itu, tetapi gagal menghadirkan diri.

Daripada 13 orang isteri yang dikesan, hanya lima orang isteri beliau memberikan kerjasama kepada pihak Jawi untuk membantu siasatan.

Paimuzi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tertuduh boleh menghubungi pegawai penyiasat Jawi, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas tol Penguatkuasaan JAWI 1-800-88-1771. – MYNEWSHUB.CC
Ustaz Kasanova Kahwin 13 Wanita Kini Diburu JAWI Ustaz Kasanova Kahwin 13 Wanita Kini Diburu JAWI Reviewed by Unknown on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.