Seo Services

Malaysia Kini Kumpul 6 Emas Temasya ACSG

Foto: Rosdan Wahid

KUALA LUMPUR: Skuad badminton Malaysia menyumbang pingat emas keenam kontinjen negara dalam temasya Sukan Perkhidmatan Awam ASEAN pertama (ACSG) di sini.

Malaysia mengalahkan Indonesia 3-1 dalam perlawanan akhir acara badminton berpasukan campuran yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Pingat gangsa acara badminton diraih Vietnam dan Laos. Terdahulu dalam saingan separuh akhir Malaysia mengalahkan Laos dengan 3-0 manakala Indonesia menewaskan Vietnam 3-2.

Bekas pemain perseorangan lelaki negara, Wong Choon Han menyumbang mata pertama selepas menewaskan Kikin Sodikin 21-10, 21-8 dan kemudiannya diikuti Yang Li Lian mengalahkan Yuli Marfuah dalam acara perseorangan wanita dengan 21-9, 21-5.

Bagaimanapun gandingan Didin Rahmat/Tatang Abdullah menghalang skuad badminton Malaysia menang mudah selepas menewaskan Sim Lau Boon Luang/Soh Gun Chup dalam acara veteran lelaki dengan 21-10, 21-5.

Mata kemenangan Malaysia diperoleh menerusi gandingan beregu wanita Choong Sook Chin/Lim Yin Loo yang mengalahkan Puti Yulian Safitri/Rita Kristiane 21-11, 21-7.

Sementara skuad ping pong mengalahkan Laos 3-0 dalam separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil. Mereka akan bertemu Indonesia, yang menewaskan Singapura juga dengan 3-0, dalam peringkat akhir hari ini.

Dalam acara futsal yang berlangsung di Triways Sports Centre, Shah Alam, Malaysia menempah tempat di perlawanan akhir selepas menewaskan Indonesia, 5-0.

Mereka akan bertemu Brunei, yang mengalahkan Laos 3-1, pada perlawanan akhir hari ini.

Temasya Sukan Perkhidmatan Awam ASEAN yang akan menutup tirainya malam ini bakal menyaksikan Malaysia berpeluang untuk menambah pingat emas dalam acara tenpin boling berpasukan.

Setakat ini Malaysia mendahului carta pungutan pingat dengan enam pingat emas, satu perak serta tiga gangsa dan diikuti dengan Myanmar dan Singapura, masing-masing dengan dua pingat perak. - BERNAMA

Malaysia Kini Kumpul 6 Emas Temasya ACSG Malaysia Kini Kumpul 6 Emas Temasya ACSG  Reviewed by uMieySurianie on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.