Seo Services

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Terdapat empat kriteria utama yang melayakkan seseorang pemohon untuk memohon subsidi perumahan di bawah Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) yang ditetapkan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

Pemohon hendaklah mempunyai pendapatan seisi rumah kurang daripada RM3,000, memiliki tanah sendiri, sudah berkeluarga dan tidak pernah memiliki rumah sendiri sebelum ini adalah antara empat kriteria yang ditetapkan.

Justeru kerajaan memperuntukkan subsidi RM15,000 dan RM20,000 bagi memudahkan lagi rakyat memiliki rumah yang selesa. SPNB akan membina rumah tiga jenis rumah yang berlainan harga merangkumi 3 bilik tidur. Harga rumah tersebut hanya dalam lingkungan RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.

Jika pemohon layak mendapat harga RM65,000, pemohon layak mendapat subsidi dari kerajaan sebanyak RM20,000 dan pemohon mendapat harga rumah RM45,000.

Yang layak mendapat harga rumah RM55,00 pula akan mendapat subsidi dari kerajaan sebanyak RM17,500 dan pemohon mendapat harga RM37,500.

Begitu juga bagi pemohon yang mendapat rumah berharga RM45,000 akan mendapat subsidi dari kerajaan berjumlah RM15,000 dan pemohon mendapat harga rumah RM30,000

Pemohon boleh mendapat borang di semua pejabat SPNB yang berdekatan atau boleh muat turun borang melalui laman web www.spnb.com.my - Sarawakiana
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Reviewed by Admin on November 19, 2015 Rating: 5

1 comment:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.