Seo Services

Lelaki Bersenam Atas Lampu Isyarat


Suzhou (China): Pengguna jalan raya di bandar ini terkejut selepas melihat seorang lelaki membuat senaman taici di atas palang lampu isyarat baru-baru ini.

Lelaki berusia 51 tahun itu dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar ini.

Tindakan lelaki itu menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu merakamkan aksi itu.

Lelaki itu dilaporkan membuat aksi berbahaya berkenaan selama beberapa minit sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Pada mulanya anggota bomba memujuk lelaki itu turun, tetapi dia enggan.

Bagaimanapun, selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu akhirnya bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat.

Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan. - Agensi
Lelaki Bersenam Atas Lampu Isyarat Lelaki Bersenam Atas Lampu Isyarat Reviewed by uMieySurianie on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.