SIAP JANUARI 2016: (Dari kiri) Wong, Tiong, Tony dan Andrew ketika memeriksa pelan UTC di tapak di Pasar Sentral Sibu. |
SIBU: Kerja pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) tempat letak kenderaan bertingkat Pasar Sentral Sibu dinanti-nanti penduduk Sibu menelan kos sebanyak RM30 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2016.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh berkata, UTC akan dapat memberikan perkhidmatan kepada orang ramai selepas Tahun Baharu Cina tahun depan, jika tiada sebarang masalah berlaku di luar jangkaan.
“Ini adalah satu tempat berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pelbagai jabatan dan agensi kerajaan,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak projek UTC, semalam.
Katanya, ia terletak di lokasi strategik kepada orang awam untuk melakukan urusan memproseskan dokumen rasmi.
Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Dtauk Tiong Thai King, Timbalan Pengerusi MPS Dato Andrew Wong dan Ketua Jurutera Tony Wong.
Apabila siap kelak, UTC akan menempatkan Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Air Sibu, Sarawak Energy Berhad (SESCo), Jabatan Perbendaharaan Negeri, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Klinik 1Malaysia, Jabatan Polis dan beberapa pejabat Persekutuan lain.
“Dengan semua pejabat kerajaan terletak di bawah satu bumbung, ia akan menyediakan tempat yang ideal kepada orang ramai untuk berurusan dan memproseskan dokumen rasmi mereka,” katanya. -UB
Wong juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan berkata, pusat itu akan beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 9 malam, setiap hari Isnin hingga Ahad dengan kakitangan yang bekerja mengikut syif.
Tambah beliau, kedua-dua lif baharu dijangka siap dalam tempoh 45 hari dan apabila ia telah selesai, dua lif yang sedia ada akan dihantar untuk pembaikan. -UB
UTC Sibu beroperasi selepas TBC 2016
Reviewed by Unknown
on
November 20, 2015
Rating:
No comments: