Seo Services

Wanita Dilamar Dengan Cincin Diperbuat Daripada Gigi Tunangnya


KISAH percintaan seseorang boleh jadi indah dan unik jika dua insan yang dijodohkan bersama itu memahami antara satu sama lain.

Lihat sahaja pasangan dari California ini, mereka tidak memerlukan emas permata untuk jadi bukti kisah cinta mereka.

Carlee Leifkes dan Lucas Unger telah bertunang pada hari Halloween lalu dan cincin yang diberikan kepada Carlee ternyata menarik perhatian semua orang.

Pada hari bersejarah itu, Lucas melamar Carlee dan memberikan wanita itu sebentuk cincin yang diperbuat daripada gigi bongsunya.

Pasangan unik itu bertemu di festival muzik di tempat asal Lucas di Kanada.

“Bila kami bincang mengenainya, kami berasakan cincin berlian terlalu membosankan.

“Dia tidak memerlukan berlian untuk membuktikan cintanya. Dia telah tunjukkannya dengan berpindah dari Kanada untuk bersama dengan saya,” kata Carlee.



Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengikut cara tradisional dalam berpasangan dan mengapa perlu memulakannya.

Cincin bertakhtakan gigi itu diberikan di hadapan keluarga dan sanak-saudara ketika mereka sedang meraikan pesta Halloween baru-baru ini.

Mungkin kisah cinta unik mereka ini boleh jadi ilham buat pasangan lain di luar sana mencorakkan hubungan masing-masing agar jadi lebih ceria kan? – Agensi/MYNEWSHUB.CC


Wanita Dilamar Dengan Cincin Diperbuat Daripada Gigi Tunangnya Wanita Dilamar Dengan Cincin Diperbuat Daripada Gigi Tunangnya Reviewed by uMieySurianie on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.