Seo Services

Terapkan Integriti, Banteras Aktiviti Haram - Adenan


KUCHING: Kerajaan negeri komited dan akan terus menerapkan integriti terutama dalam kalangan pegawai penguat kuasa agensi kerajaan dalam membanteras sebarang aktiviti haram di negeri ini menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata contohnya kecurian kayu balak yang berleluasa kerana terdapat sesetengah pegawai penguat kuasa mendiamkan diri atau sengaja tidak mempedulikan disebabkan godaan rasuah.

“Untuk mencari individu yang benar-benar jujur kini adalah sangat susah kerana mereka mudah tergoda dengan rasuah dan perkara seperti ini yang harus kita tangani bagi mengelakkan ia daripada terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata sedemikian semasa merasmikan Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) 2015 semalam.

Menurut beliau lagi, kira-kira 33 kilang papan di negeri ini ditutup dan ramai individu atau mereka yang disyaki terlibat dalam pembalakan haram berjaya ditangkap oleh penguat kuasa sehingga kini. - Sarawakiana.
Terapkan Integriti, Banteras Aktiviti Haram - Adenan Terapkan Integriti, Banteras Aktiviti Haram - Adenan Reviewed by Unknown on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.