Seo Services

Waspada Risiko Renjatan Elektrik Ketika Banjir


KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) menggesa penduduk supaya lebih berwaspada dengan keselamatan penggunaan elektrik terutamanya ketika fenomena kemungkinan banjir berlaku.

Timbalan Presiden Eksekutif SEB Lu Yew Hung berkata, sebahagian kawasan Sarawak pernah mengalami banir kilat, justeru, orang ramai diminta mengelak sebarang insiden renjatan daripada berlaku.

“Risiko bahaya renjatan akibat air terutamanya musim banjir harus dielak kerana semua penduduk mengetahui, air dan elektrik tidak boleh bercampur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Jelasnya, demi keselamatan awam, SEB akan sentiasa memantau keadaan banjir dan memadamkan bekalan tenaga elektrik setiap substesen terletak di kawasan terjejas banjir jika paras air melepasi paras bahaya.

“Kami juga berharap agar orang awam sentiasa berjaga-jaga dan bersiap siaga dengan segala keperluan dan kelengkapan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Jelasnya, salah satu langkah paling asas diambil bila berlakunya banjir ialah memadam suis utama di premis, bagaimanapun jangan lakukannya sekiranya air telah memasuki premis.

“Kepada orang awam tinggal di kawasan sering berlaku banjir, anda dinasihat memindahkan segala peralatan elektrik ke kawasan lebih tinggi lebih awal walaupun paras air belum tinggi.

“Selain itu, orang awam juga diingatkan tidak mendekati kawasan pemasangan elektrik SESCo yang terjejas banjir,” katanya.

Yew menjelaskan, selain itu ibu bapa juga perlu menekankan keselamatan anak masing-masing terutamanya yang gemar bermain dalam banjir.

Tambahnya, amat penting untuk sentiasa berjaga-jaga terutama sekiranya peralatan elektrik di premis masing-masing terkena banjir.

“Ia tidak boleh diguna walaupun banjir telah pulih kerana dikhuatiri masih ada kejutan elektrik kerana telah terkena air,” katanya.

Selain itu, SEB kata Yew turut memberi peringatan supaya melantik mereka bertauliah sebelum menghidupkan semua bekalan tenaga elektrik selepas terkena banjir.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tip penjagaan keselamatan elektrik, SEB juga telah menyediakan mesej keselamatan yang boleh dilayari di laman sesawangnya di pautan: www.sarawakenergy.com.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan SEB yang beroperasi 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu di talian bebas tol 1-300-88-3311.-UB
Waspada Risiko Renjatan Elektrik Ketika Banjir Waspada Risiko Renjatan Elektrik Ketika Banjir Reviewed by Unknown on November 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.