KUCHING: Seramai 50 anggota Polis Bantuan Lembaga Amanah Kebajikan Negeri Sarawak(LKMNS) telah tamat Latihan Asas Pengendalian T-Baton dan Pemakaian Baju Operasi Polis Bantuan di perkarangan Masjid Jamek disini semalam.
Latihan Asas Pengendalian T-Baton ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada anggota yang bertugas dalam mempelajari teknik untuk meningkatkan ketahanan fizikal yang tinggi bagi menghadapi tuntutan serta cabaran semasa,cara meminimakan kecederaan terhadap penjenayah semasa melaksanakan tangkapan dengan tangkas dan berkesan di samping penerapan nilai-nilai murni,perubahan sikap yang positif dan mempunyai disiplin yang tinggi bagi memenuhi kehendak pasukan selain dari menggunakan senjata api.
Disamping itu,sebagai anggota yang bertugas di bahagian keselamatan,pemakaian pakaian seragam yang kemas dan segak adalah penting dalam mencerminkan identiti kepada sesebuah organisasi,ini kerana pakaian seragam melambangkan keseragaman pasukan keselamatan dan kesiap siagaan anggota yang bertugas.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Sektor Korporat dan Pengurusan LAKMNS Puan Megawati Julaihi, Ketua Bahagian Keselamatan LAKMNS Haji Anuar Bin Abu Bakar, wakil Komandan PULAPOL Kuching ,DSP Lepi Awan dan wakil Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti(JPJKK) Sarawak ASP Dayang Rahmah Haji Awang Bolhan.-Sarawakiana
50 Polis Bantuan LAKMNS Tamat Latihan Pengendalian T-Baton
Reviewed by Unknown
on
December 02, 2015
Rating:

No comments: