Akaun Instagram milik pelakon Ayda Jebat telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pemilik nama penuh Nur Suhada Jebat ini nyata terkilan dengan perkara yang terjadi.
“Saya rasa sangat sedih kerana akaun Instagram saya digodam. Rasa macam nak nangis. Saya memang aktif menggunakan Instagram sebagai medium untuk berhubung dengan peminat-peminat saya.
“Saya juga selalu berbalas-balas komen di laman Instagram dan mengemaskini aktiviti harian saya bersama peminat. Apabila perkara ini terjadi, saya rasa sangat terkilan,” kata Ayda ketika dihubungi oleh Portal Murai.
Ayda juga menasihatkan agar peminatnya tidak terpedaya dengan tawaran iPhone 6S percuma yang dipaparkan di laman Instagram miliknya kerana itu adalah helah daripada pihak penggodam.
“Entri terbaru yang menyatakan adanya tawaran iPhone 6S percuma adalah bukan dari pihak saya. Jadi saya mohon agar pengikut-pengikut saya tidak tertipu.
“Selain itu, saya juga menggunakan laman Instagram untuk urusan bisnes, mempromosikan produk pihak penaja yang menjadikan saya sebagai duta dan sebagainya. Saya rasa sangat ralat kerana jumlah pengikut di laman Instagram saya sudah menghampiri satu juta pengguna,” kata Ayda lagi.
Ayda juga mengharapkan agar dia kembali mendapatkan akaun Instagram miliknya secepat mungkin agar ia dapat kembali berhubung dengan peminatnya.
“Setakat ini, peminat saya boleh menghubungi saya menerusi laman Twitter, @ayda_jebat atau di laman Instagram kelab peminat saya, @ajscreamer. Saya telah menghubungi pihak Instagram untuk mendapatkan semula akaun Instagram saya,” katanya lagi. - Murai
Akaun Instagram Kena Hack, Ayda Jebat Rasa Nak Nangis
Reviewed by uMieySurianie
on
December 01, 2015
Rating:

No comments: