Seo Services

'Dunia semakin maju, jualan tiket masih di zaman jurasik' - Peminat bola sepak


KUALA LUMPUR: Bagaikan episod drama yang diulang tayang, isu tiket sentiasa menjadi topik perbualan setiap kali adanya perlawanan bola sepak besar di negara ini.

Bukan kerana jumlah tiket, tetapi yang dikritik adalah sistem penjualan dan pengagihannya.

Entah di mana silapnya, walaupun bola sepak telah lebih 80 tahun bertapak di Malaysia, sistem penjualan tiket perlawanan masih gagal diurus dan diselia dengan baik.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, isu tiket yang 'lenyap' dalam sekelip mata menjadi fokus, walaupun pada hakikatnya, puluhan ribu tiket dikeluarkan.

Ia mengakibatkan situasi tegang di kalangan penyokong yang kebanyakannya sanggup keluar rumah awal pagi dan beratur panjang demi mendapatkan tiket. -Awani
'Dunia semakin maju, jualan tiket masih di zaman jurasik' - Peminat bola sepak 'Dunia semakin maju, jualan tiket masih di zaman jurasik' - Peminat bola sepak Reviewed by Unknown on December 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.