Seo Services

FAM Minta Tangguh

TENGKU Abdullah (tengah) pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM baru-baru ini. 

Kuala Lumpur: Belum masa yang sesuai buat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletakkan jawatan.

Mungkin itu mesej yang cuba disampaikan oleh Exco FAM pada mesyuarat minggu lalu apabila menangguhkan daripada membuat sebarang keputusan selepas Tengku Abdullah dalam ucapannya sekali lagi menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan.

Hingga kini kedudukan presiden itu belum ada kata putus meskipun dalam kenyataannya September lalu beliau mahu menyerahkan tugasannya kepada Timbalan Datuk Seri Afandi Hamzah tahun depan.
Afandi yang dihubungi bagaimanapun enggan memberi komen berhubung pendirian Tengku Abdullah itu sebaliknya menyerahkan kepada pihak sekretariat untuk membuat kenyataan.

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, status Tengku Abdullah itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas selepas ini.

“Tengku Abdullah sekali lagi menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan dalam ucapan pada mesyuarat Exco baru-baru ini dan selepas berbincang dengan semua ahli Exco, kami mohon beliau menangguhkan dulu hasrat itu hingga ke masa yang sesuai.

“Mungkin kami akan bincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Khas atau kami perlu menunggu Exco FAM bermesyuarat pada edisi akan datang,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Tengku Abdullah mengambil alih teraju daripada ayahandanya Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan pencabar terdekat iaitu Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pemilihan sempena Kongres FAM ke-50 bagi penggal 2014-2018 pada Mei tahun lalu.

Bagaimanapun kekalahan memalukan Harimau Malaya 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi pada 3 September lalu cukup mengecewakan Tengku Abdullah hingga mendorong beliau melepaskan jawatan.-metro

FAM Minta Tangguh FAM Minta Tangguh Reviewed by Unknown on December 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.