Seo Services

488,787 Dilarang Keluar Negara

Antara sebab dihalang ke luar negara ialah perintah mahkamah, tidak melangsaikan cukai pendapatan serta tidak membayar hutang bank dan PTPTN. - Foto hiasan
Kuala Lumpur: Sejumlah 488,787 warganegara Malaysia dilarang keluar negara kerana pelbagai sebab sehingga 19 Oktober tahun ini, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, KDN berkata antara sebab mereka dihalang ke luar negara ialah perintah mahkamah, tidak melangsaikan cukai pendapatan, tidak membayar hutang bank serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, KDN berkata kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri mempunyai kuasa mengeluarkan arahan melarang individu pergi dan masuk atas sebab yang boleh memudaratkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara khususnya.

Ia bagi menjawab soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu jumlah individu, termasuk ahli parlimen yang dilarang oleh kerajaan ke luar negara serta sebab larangan itu.

Namun, KDN memaklumkan, Jabatan Imigresen tidak menyimpan rekod berdasarkan butiran kerjaya seseorang sama ada mereka ahli parlimen atau tidak.

“Sesiapa yang mempunyai keraguan serta ingin menyemak status kebenaran keluar, boleh menggunakan sistem semakan secara dalam talian di laman web Jabatan Imigresen Malaysia," kata kementerian itu. - Bernama

488,787 Dilarang Keluar Negara 488,787 Dilarang Keluar Negara Reviewed by Unknown on December 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.