Seo Services

Pastikan Bajet 2016 Sejahterakan Rakyat


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua kementerian dan agensi kerajaan memberi fokus kepada usaha memastikan Bajet 2016 menjadi kenyataan dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Beliau yang bersyukur dengan lulusnya Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat semalam, mahu kementerian dan agensi kerajaan memastikan petunjuk prestasi utama masing-masing dan segala perancangan yang diperlukan tersedia bagi pelaksanaan semua inisiatif serta program kerajaan di bawah Bajet 2016 yang akan bermula Januari tahun depan.

"Saya dan Menteri-menteri Kabinet akan memantau prestasi semua secara teliti dan melakukan 'spot check' Tinjauan Bajet dari semasa ke semasa, tanpa makluman awal," katanya dalam blognya www.najibrazak.com.

Rang undang-undang itu, yang dibentangkan Najib pada persidangan Dewan Rakyat pada 23 Oktober dan dibahaskan sejak 26 Oktober lepas, memperuntukkan RM267.22 bilion untuk perbelanjaan kerajaan tahun depan. - Bernama
Pastikan Bajet 2016 Sejahterakan Rakyat Pastikan Bajet 2016 Sejahterakan Rakyat Reviewed by Unknown on December 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.