KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat lain boleh memohon untuk memberi perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar menerusi satelit selepas 28 Februari 2017.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, ini kerana hak penyiaran eksklusif yang diberikan kepada Measat Broadcast Network Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. atau Astro akan tamat pada tarikh tersebut.
Menurutnya, hak eksklusif berkenaan telah diberikan kerajaan pada 1997 sebelum lesen penyiaran di bawah Akta Penyiaran 1988 bertukar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Berasaskan prinsip kedudukan semasa lesen penyiaran kepada lesen individu pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, kerajaan telah mengekalkan hak eksklusif bagi penyiaran satelit sehingga 28 Februari 2017.
“Oleh itu, Measat boleh meneruskan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar menerusi satelit untuk tontonan langsung kepada umum selepas 2017 tetapi bukan secara eksklusif,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) sama ada kerajaan akan menyambung hak eksklusif Astro dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – Utusan
Hak Siaran TV Satelit Astro Tamat Februari 2017
Reviewed by Unknown
on
December 02, 2015
Rating:

No comments: