![]() |
Wong (empat dari kiri) dan Adenan (lima dari kiri) sesi bergambar selepas upacara menandatangi MOU antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Syarikat Pembinaan dan Kejuruteraan Negara China |
KUCHING: Kestabilan ekonomi di Sarawak yang kukuh merupakan faktor pelabur-pelabur dari tanah besar China meneruskan lagi usaha kerjasama ekonomi dalam meningkatkan infrastruktur terutamanya dalam sektor pengurusan sisa dan memperbaharui tenaga baru.
“Usaha kerjasama China dan Sarawak akan mengeratkan lagi persahabatan dan seterusnya menambah lebih ramai lagi pelabur-pelabur syarikat besar dari China untuk datang ke Sarawak,” katanya.
Menteri Kewangan II Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh berkata syarikat-syarikat besar China mempunyai kepakaran dalam sektor pengurusan sisa dan pembaharui tenaga baru.
Segala pengalaman dan kepakaran dalam sektor tersebut akan dikongsikan kepada syarikat tempatan kita sekaligus mempercepatkan lagi pendapatan ekonomi negeri ini.
“Syarikat besar dari China iaitu Blue Ocean Energy Co Ltd dan Blue Energy Technology akan terlibat dalam membantu meningkatkan infrastrukrur hidroelektrik seperti di Empangan Bakun dan Murun,
“Ini sekaligus mempercepatkan lagi pembangunan ekonomi di negeri ini,”katanya ketika berucap dalam Upacara Menandatangi Memorandum Persefahaman (MOU) Kerajaan Negeri Sarawak dengan Syarikat Kejuruteraan dan Pembinaan Negara China pada pagi tadi.
Beliau berkata Sarawak merupakan penyumbang ekonomi negara yang ketiga terbesar iaitu 10 peratus selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Saya percaya negeri ini akan menjadi penyumbang ekonomi terbesar di negara ini pada tahun 2030 selagi ekonomi dalam keadaan stabil melalui hasil-hasil kerjasama ekonomi dari pelabur-pelabur dari luar negara,” ujarnya.
Beliau menambah, pada tahun lepas sektor perkhidmatan penyumbangkan besar dalam ekonomi iaitu 32,4 peratus, diikuti sektor pembuatan sebanyak 27.4 peratus, sektor perlombongan dan kuari sejumlah 23.1 peratus dan sektor pertanian sebanyak 14.2 peratus di negeri ini.
Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak Dato Seri Micheal Manyin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Morshidi Ghani
Kestabilan Ekonomi Sarawak Tarik Minat Pelabur China - Wong Soon Koh
Reviewed by Unknown
on
December 02, 2015
Rating:

No comments: