Seo Services

Tiga serangkai baru sertai Penyu

Dari kiri), Joseph Kalang, Amiridzwan dan Kuong Yong perkuat Terengganu untuk Liga Super 2016. Foto NSTP 

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengikat kontrak tiga pemain tempatan - Joseph Kalang Tie, Amiridzwan Taj dan Yong Kuong Yong untuk saingan Liga Super 2016 dalam satu majlis di sini, hari ini.

Joseph, ketua pasukan Sarawak kembali menyarung jersi Terengganu selepas menabur khidmatnya bersama skuad Penyu pada 2008 hingga 2012.

Amiridzwan pula dipancing Terengganu dari pasukan Kelantan manakala Yong adalah bekas pemain Pulau Pinang.

Setiausaha Agung PBSNT Arpin Draman berkata, ketiga-tiga pemain itu menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad Penyu.

Menurutnya, kehadiran pemain baru itu diyakini dapat memperkuatkan lagi pasukan dalam menghadapi kempen musim depan.

Tiga pemain baru Terengganu untuk saingan Liga Super 2016. Metro

Tiga serangkai baru sertai Penyu Tiga serangkai baru sertai Penyu Reviewed by Unknown on December 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.