Kota Samarahan : Seramai lebih 245 00 ribu orang pengunjung telah hadir sepanjang Hari Peladang Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 sejak enam hari lepas bertempat di pekarangan Dewan Suarah Kota Samarahan.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Negeri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kemungkinan sasaran seramai 300,000 pengunjung ke sambutan HPPNK 2015 yang akan berakhir esok tercapai.
"Pelbagai lapisan masyarakat hadir ke sini termasuk gologan muda bagi melihat pameran dan membeli produk-produk industri asas tani dari negeri lain," katanya.
Beliau berkata sedemikiana semasa berucap merasmikan majlis penutupan HPPNK 2015 di sini sebentar tadi.
Tambahnya lagi, hasil jualan juga hampir mencecah RM2 juta ringgit sepanjang lima hari berturut-turut penganjuran diadakan.
Majlis Penutupan Sambutan HPPNK Tahun 2015 disempurnakan oleh Alfred Jabu bagi mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. - Sarawakiana
Sasaran 300,000 Ribu Pengunjung Hadir Ke HPPNK 2015 Hampir Tercapai
Reviewed by Unknown
on
December 02, 2015
Rating:

No comments: