Seo Services

#HPPNK2015 : 500 Kilo Jeruk Hampur Habis Dalam Masa 2 Hari




KOTA SAMARAHAN 1 Dis. - "Tidak sangka, sambutan orang ramai pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) di Sarawak begitu meriah sehingga 500 kilogram (kg) jeruk madu yang dibawa telah habis," kata pengusaha dari Perlis, Mohd. Sobri Saari.

Menurut Pengurus DSS Food Supplier itu, pada hari Ahad lalu sahaja, bekalan Jeruk Madu Perlis (JMP) yang dibawa telah hampir habis.

Katanya, produk JMP yang baharu memasuki bulan keenam mendapat sambutan hangat diluar jangkaan terutama masyarakat tempatan di sini.

"Setakat ini, JMP telah dipasarkan di Semenanjung terutama di Johor, Perlis dan negeri-negeri lain.

"Melalui platform yang diberikan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan HPPNK ini, kami dapat mempromosikan JMP kepada orang ramai di sini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

JMP terdiri daripada manga kuning dan sala, betik, salak madu, cermai, jambu batu serta kedondong dijual dengan harga promosi RM18 sekilogram berbanding RM22 sekilogram bagi harga biasa.

HPPNK 2015 edisi ke-40 yang bermula 27 November hingga 3 Disember ini merupakan pameran pertanian dan produk industri asas tani terbesar di negara yang merupakan pemangkin industri pertanian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain itu, pihaknya dalam perancangan mahu memasuki pasaran di Sarawak dan Sabah.

"Sambil mempromosikan produk JMP, kami juga secara tidak langsung mencari mereka yang berminat menjadi pengedar di sini.

"Saya melihat potensi besar bagi jeruk madu untuk dijual di negeri ini," ujarnya.

Beliau memberitahu, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan JMP atau menjadi pengedar boleh bertemunya terus di Pavilion Perlis pada HPPNK 2015 sehingga Khamis ini ataupun menghubungi ditalian 019-5907297. - Sarawakiana
#HPPNK2015 : 500 Kilo Jeruk Hampur Habis Dalam Masa 2 Hari #HPPNK2015 : 500 Kilo Jeruk Hampur Habis Dalam Masa 2 Hari Reviewed by Admin on December 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.