Seo Services

Ini Bukan 1.5Juta Pekerja Bangla Yang Diumumkan TPM


PUTRAJAYA - Gambar sekumpulan besar pekerja warga asing tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) viral di media sosial semalam.

Menurut sumber, kumpulan berkenaan adalah kumpulan pertama dari 1.5 juta tenaga kerja warga Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, tampil seorang individu, Nadzrin Ibrahim, menafikan dakwaan itu dan menjelaskan perkara yang sebenar.

"Ini semua workers saya yang baru sampai hari ini. Jadi di sini saya nak bagi penjelasan sikit tentang beberapa perkara agar orang ramai tidak salah faham.

"Semua tenaga kerja warga Bangladesh ini direkrut melalui G2G Plantation. Bukannya 1.5 juta yang diumumkan oleh TPM. Rekrut G2G ini sudah ada semenjak 2012 dan syarikat saya mula mengambil mereka sejak tahun 2014. Semua yang saya ambil hari ini bekerja di bawah IOI Plantation dan kita hantar di sekitar ladang IOI di Keratong dan Kluang. Ini bagi menampung kekosongan di ladang kami bagi jawatan pemetik buah sawit," jelasnya.

Dalam penjelasan itu juga, Nadzrin menyeru mana-mana warga Malaysia yang menganggur dan berminat bekerja sebagai pemotong buah sawit boleh menghubunginya di talian 03-89478888.

"Pihak IOI mengalu-alukan kehadiran pemotong buah sawit warga tempatan," katanya. - THM
Ini Bukan 1.5Juta Pekerja Bangla Yang Diumumkan TPM Ini Bukan 1.5Juta Pekerja Bangla Yang Diumumkan TPM Reviewed by Unknown on December 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.