CHINA: Kerajaan China mengarahkan ribuan kilang ditutup selepas negara itu mengalami jerebu teruk hampir 24 kali ganda daripada tahap selamat, semalam.
Menurut laporan media China Daily, pihak berkuasa di ibu negara memerintahkan penutupan 2,100 perniagaan yang sangat mencemarkan dan menasihatkan penduduk untuk tidak keluar rumah.
Syarikat penerbangan turut membatalkan lebih 300 penerbangan dari Beijing dan Shanghai serta beberapa wilayah lain yang mencatatkan kualiti udara sangat tidak sihat lapor AFP
Difahamkan, kebanyakan pelepasan udara kotor datang dari pembakaran arang batu yang banyak pada musim sejuk selain permintaan untuk pemanasan yang sekali gus menyebabkan kabus.
Jerebu tebal menyelubungi ibu negara, dengan kepekatan PM 2.5 zarah mikroskopik berbahaya dan 598 mikrogram per meter padu, iaitu melebihi tahap maksimum disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang hanya 25 mikrogram per meter padu. - SH
Jerebu Teruk, China Arah Tutup Kilang
Reviewed by uMieySurianie
on
December 02, 2015
Rating:

No comments: