KUCHING: Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran jeti Muara Tebas di sini pagi semalam.
Mayat mangsa yang ditemui oleh penduduk tempatan sekitar jam 9 pagi itu berhampiran dengan jeti disebelah restoren makanan laut .
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ernest John ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan tersebut, sambil menambah bahawa tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
Mayat mangsa telah di bawa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Terapung Berhampiran Jeti Sungai Muara Tebas
Reviewed by Unknown
on
December 03, 2015
Rating:

No comments: