TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mempertingkatkan kerjasama dengan lebih agresif bagi mengenal pasti musuh dalam selimut yang menjadi ancaman utama keselamatan di Sabah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kerjasama itu sangat penting bagi memastikan semua dalang terbabit dapat dihapuskan satu persatu, sekali gus dapat mengenal pasti langkah-langkah yang sesuai untuk meningkatkan lagi sistem keselamatan di Sabah.
"Kita sentiasa meningkatkan kerjasama antara agensi dalam melaksana operasi yang lebih berkesan dan saling berkongsi pendapat bagi meningkatkan keberkesanan sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifli Mohd Zin selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan Kali Ke-71 di sini, hari ini.
Sementara itu, Khalid menafikan dakwaan konon berlakunya insiden empat lelaki disyaki bersenjata yang menyelinap masuk melalui perairan negeri Sabah dari Tawau.
"Jangan dengar khabar angin. Kalau ada kejadian seperti itu, Pesuruhjaya Polis Sabah yang akan umumkan dan jangan bertindak menghebahkan khabar angin, kerana ia satu kesalahan," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan pembunuhan Bernard Then Ted Fen, Khalid berkata pihaknya sudah menghantar sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan kesahihan mayat yang dijumpai di selatan Filipina adalah Bernard.
"Permohonan untuk ekstradisi dua suspek yang kini ditahan pihak berkuasa Filipina juga telah dikemukakan dengan meminta agar kedua-dua suspek terus ditahan sehingga proses tersebut selesai.
"Kes ini memakan masa kerana kita terpaksa melalui pelbagai saluran namun tindakan susulan akan terus dilakukan melalui Kementerian Luar Malaysia dan Filipina, dan Jabatan Peguam Negara," katanya.
-- BERNAMA
Polis Dan Agensi MKN Tingkat Kerjasama Kenal Pasti Musuh Dalam Selimut Di Sabah
Reviewed by Unknown
on
December 02, 2015
Rating:

Kalau nakkenalpasti dalang musuh dalam selimut terhadap ancaman keselamatan di Sabah khususnya kes penculikan (walaupun selepas ESSCOM & ESSZONE ditubuhkan) MAKA Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tiada Kad Pengenalan Mykad & tiada passport @ tiada dokumen perjalanan yang sah seperti Visa / Permit = itulah yang harus kamu wahai pihak polis perlu siasat & wajib ditangkap..Begitu juga dengan warganegara Malaysia khususnya yang berbangsa Suluk & warganegara Malaysia yang fasih berbahasa Suluk & fasih berbahasa Tagalog lah sahaja tahu & fasih berkomunikasi dengan ahli-ahli & tali barut kepada kumpulan pengganas @ penculik bersiri seperti Abu Sayyaf di selatan Filipina.... Takkan lah ahli-ahli kumpulan Abu Sayyaf tu berbahasa Kantonis atau Hakka atau Mandarin atau mereka berbahasa KadazanDusunMurutRunggusSungaiBisayaMelayuBerunai atau bahasa Tamil , bahasa Telegu atau bahasa Pakistan !! Otak kau ini wahai Ketua Polis Negara & Ketua Angkatan Tentera memang betul-betul lah KURANG BIJAK !! Itu pun susah kah cari jawapan untuk dikeluarkan kepada pihak media massa dan juga untuk rakyat Malaysia khususnya di Sabah !!
ReplyDelete