Seo Services

MYVI Menanti Pemenang Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda - Wan Junaidi

 
PUTRAJAYA: Hadiah utama berupa kereta Perodua Myvi bakal menjadi milik pemenang utama bagi Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda yang sedang berlangsung sejak 17 November 2015.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, selain hadiah bagi pemenang hadiah utama, pertandingan ini juga menyediakan dua buah motosikal iaitu motosikal Demak Rino dan Demak DJ 90 sebagai hadiah saguhati kepada pemenang yang berjaya memberi nama yang memenuhi syarat-syarat pertandingan tersebut.

"Sehingga ke hari ini, sebanyak 960 penyertaan telah diterima oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bagi Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda yang diadakan bersempena dengan kelahiran anak giant panda di Zoo Negara pada 18 Ogos 2015 yang lalu."

Beliau berkata, jumlah penyertaan ini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia berminat menyertai pertandingan nasional tersebut di samping menjayakan aspirasi kerajaan dalam melestarikan pengurusan biodiversiti di negara ini.

"Kita juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada penaja hadiah-hadiah utama iaitu Sarawak Cable dan Demak Motor kerana bermurah hati menajakan hadiah-hadiah tersebut sebagai sokongan terhadap pertandingan berkenaan.'

Junaidi berkata demikian dalam satu sidang akhbar mengenai Pengumuman Hadiah Pertandingan Menamakan Anak Giant Pandayang diadakan di Pejabat NRE di sini pagi tadi.

Panda betina, Liang-Liang telah melahirkan anak panda yang telah menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang berjaya melahirkan anak panda secara semulajadi dalam kurungan hanya dalam tempoh 15 bulan ia dipinjam daripada Republik Rakyat China.

Setelah hampir tiga bulan dikuarantin, anak giant panda tersebut telah mula dipamerkan kepada pengunjung Zoo Negara pada 17 November 2015

Pertandingan ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mempromosi aktiviti konservasi hidupan liar di negara ini di samping menarik minat masyarakat mencintai hidupan liar.

Melalui usaha konservasi ini juga, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan ke atas Giant Panda selain meningkatkan kepakaran tempatan melalui pemindahan teknologi yang disalurkan oleh Republik Rakyat China (RRC) terutama dalam pembiakan ‘artificial’, kajian genetik dan kajian habitat Giant Panda.

Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 17 Disember 2015. Rakyat Malaysia digalakkan untuk menyertai pertandingan ini dan keterangan lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati dengan melayari portal rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di alamat http://www.nre.gov.my/sites/pandamalaysia/ - Sarawakiana
 
 
MYVI Menanti Pemenang Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda - Wan Junaidi MYVI Menanti Pemenang Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda - Wan Junaidi Reviewed by Salfian Nawawi on December 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.