Seo Services

Najib Bertemu Peserta Mantap Siri Ke-5

NAJIB TUN RAZAK bergambar bersama peserta Program Internship Mahasiwa Turun Parlimen (Mantap) Siri Ke-5 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Razali Ibrahim (duduk, lima dari kiri), Asyraf Wajdi Dusuki (duduk, empat dari kanan) dan Shahrir Abdul Samad (duduk, lima dari kanan). UTUSAN/HALIM KHALID
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir dalam Majlis Penutupan Program Internship Mahasiwa Turun Parlimen (Mantap) Siri Ke-5 di Bangunan Parlimen.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk beramah mesra bersama 88 peserta program Mantap 5 yang terdiri daripada mahasiswa universiti tempatan.

Program tahun kelima anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) yang berlangsung selama 45 hari itu bermula sejak 17 Oktober lalu.

Yang turut hadir, dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Ketika ditemui pemberita, Shahrir berkata, pendekatan yang diambil kerajaan untuk menarik golo­ngan muda melalui program Mantap adalah bagi melahirkan para pelajar yang berilmu dan berpengetahuan.

Menurutnya, pendekatan kerajaan berbeza dengan pembangkang.

“Pihak pembangkang ada pendekatan sendiri dan mereka lebih cenderung mencari individu yang mempunyai kebolehan menimbulkan isu dan membawa percanggahan pendapat dan bukannya berasaskan fakta.

“Malah, pihak pembangkang juga ada kalanya melihat kepada imej fotogenik individu, tetapi kita bukan melihat kepada aspek luaran sahaja, yang mustahak ialah mereka sanggup untuk menimba ilmu dan mendapatkan fakta sebenar,” katanya.

Sementara itu, Razali berkata, seramai 12 peserta program tersebut telah ditawarkan peluang pekerjaan bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN),

Katanya, ada antara mereka ditawarkan bekerja dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. -UTUSAN

Najib Bertemu Peserta Mantap Siri Ke-5 Najib Bertemu Peserta Mantap Siri Ke-5 Reviewed by Unknown on December 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.