Seo Services

Ollie Trezise Si Bayi Pinocchio


‘INILAH Pinocchio yang sebenar’ kata seorang wanita, Amy Poole, 22, yang bangga dengan anaknya, Ollie Trezise, walaupun dilahirkan dengan kecacatan di bahagian hidung hingga kelihatan seperti watak kartun pinocchio.

Ollie, 21 bulan, dilahirkan dengan keadaan yang jarang berlaku di mana otaknya membesar di celah retakan di tengkorak dan masuk ke dalam hidung.

Bayi itu terpaksa melalui beberapa pembedahan yang menyakitkan untuk membantunya bernafas serta menutup keretakan di tengkoroknya.

“Bayi saya dikeji dengan kata-kata yang amat menyakitkan. Ada yang memanggilnya hodoh dan ada pula yang menyatakan Ollie tidak sepatutnya dilahirkan.

“Ia amat menyedihkan,’’ kata Amy yang mempunyai seorang lagi anak. Dia juga telah bercerai dengan suaminya.

Jelas Amy, apabila ada seorang wanita memberitahunya bahawa dia tidak sepatutnya melahirkan Ollie, dia menangis kerana baginya anaknya itu cukup sempurna di matanya.

Bagaimanapun Amy masih lagi terkejut dengan keadaan anaknya itu yang dilahirkan di Hospital Universiti pada Februari 2014.

Doktor memberitanya bahawa tisu lembut telah tumbuh di muka bayi itu.

“Pada mulanya saya tidak tahu sama ada saya boleh menerimanya namun akhirnya saya tahu saya sayangkannya,’’ katanya. – Mynewshub.cc


Ollie Trezise Si Bayi Pinocchio Ollie Trezise Si Bayi Pinocchio Reviewed by Unknown on December 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.