Seo Services

Pelakon Veteran Momo Latiff Meninggal Dunia

Gambar Momo Latiff yang dipetik dari portal Lollipop Singapura

Pelakon veteran Momo Latiff meninggal dunia di rumah anaknya di Woodlands Singapura kira-kira pukul 5 petang Khamis.

Berita MediaCorp Singapura melaporkan Momo atau nama sebenarnya Marfuah Makarim, 93, meninggal dunia akibat darah tinggi.

Berita itu disahkan oleh anaknya Cik Kamariah Latiff.

Sepanjang kerjaya Allahyarham pernah berlakon banyak filem Melayu klasik antaranya Toping Saitan, Musang Berjanggut dan Pendekar Bujang Lapok.

Dalam satu majlis di Kuala Lumpur bersama bintang-bintang veteran tidak lama dulu, Momo berjaya menggamatkan suasana apabila masih bertenaga dan mampu menyanyi dengan baik ketika membawakan lagu bernada tinggi biarpun usianya ketika itu sudah mencecah 90-an.

Portal Lollipop (http://www.lollipop.sg/) dalam satu artikelnya pada 2013 melaporkan, pada usia berkenaan Allahyarham telah dijemput membuat persembahan sempena memartabatkan bulan bahasa iaitu acara tahunan bagi memperkukuhkan Bahasa Melayu di negara itu.

Lagu-lagu popular nyanyian Allahyarham antaranya Bengawan Solo, Gemala Hati dan Merpati Dua Sejoli, yang juga merupakan lagu duetnya bersama Allahyarham P. Ramlee.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Ahmad Ibrahim, Singapura selepas solat Jumaat.-mStar
Pelakon Veteran Momo Latiff Meninggal Dunia Pelakon Veteran Momo Latiff Meninggal Dunia Reviewed by Unknown on December 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.