Seo Services

Wanita Warga Asing Ditemui Mati Dipukul Teman Lelaki


MIRI: Seorang wanita warga asing meninggal dunia selepas dipercayai dipukul teman lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sze Chuan di sini awal pagi semalam.

Mangsa berusia 46 tahun berasal dari China meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan menggunakan objek keras.

Sepasukan anggota polis dari Balai Polis Pusat Miri ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.00 pagi.

Difahamkan, pada mulanya pihak polis menerima satu laporan mengenai seorang wanita mati selepas dikatakan dipukul perompak yang memecah masuk ke rumah berkenaan.

Bagaimanapun, berdasarkan siasatan awal polis mendapati terdapat beberapa kesan mencurigakan ditemui di rumah itu.

Siasatan polis mendapati tiada kesan pecah pada manamana pintu atau tingkap rumah dan tiada barang berharga hilang.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 67 tahun dipercayai teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.

Sementara itu, sehingga berita ini ditulis, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Junaidi Bujang enggan mengulas berhubung perkara itu.-UtusanSarawak
Wanita Warga Asing Ditemui Mati Dipukul Teman Lelaki Wanita Warga Asing Ditemui Mati Dipukul Teman Lelaki Reviewed by Unknown on December 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.