Seo Services

Langkah Berjaga-jaga, Sarawak Tidak Terkecuali - KPN


KUCHING : Polis mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berada dalam keadaan yang berjaga-jaga berhubung ancaman kumpulan ekstremis dan militan di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar berkata, dalam meningkatkan keyakinan orang ramai pasukan beliau khususnya daripada Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman telah menjalankan beberapa operasi yang proaktif dalam memastikan keselamatan semua pihak.

“Semua pasukan saya juga telah ditempatkan dalam keadaan siap siaga malah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga bersama-sama kami dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku ekoran ancaman kumpulan ekstremis ini,”

“Malah Perdana Menteri juga telah mengingatkan kita semua bahawa ancaman kumpulan ekstremis dan militan ini adalah benar dan kita perlu sentiasa awas agar tahap keselematan kita sentiasa dalam keadaan baik,” kata beliau ketika mengadakan Sidang Media selepas menghadiri taklimat PRN-11 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuching Sarawak, hari ini.

Tambahnya lagi, Sarawak juga tidak terkecuali daripada tindakan polis dalam meningkatkan keselamatan rakyat negeri ini lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya yang akan diadakan kelak.

Beliau yang berada di Kuching sejak semalam telah menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) Siri 1/2016 di Dewan Pahlawan Briged PGA Sarawak Batu Kawa Kuching pagi tadi.- Sarawakiana
Langkah Berjaga-jaga, Sarawak Tidak Terkecuali - KPN Langkah Berjaga-jaga, Sarawak Tidak Terkecuali - KPN Reviewed by Unknown on January 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.