Seo Services

Khalid Dedah Sumbangan Signifikan PGA Sarawak Ketika Ops Daulat


KUCHING: Pasukan Polis serta Pasukan Gerak AM (PGA) dari Sarawak telah membuat sumbangan dan pengorbanan yang signifikan semasa Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah ketika insiden serangan penganas dari Filipina yang mencerobohan negeri itu pada 2013.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan perkara tersebut dalam Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak disini hari ini.

Beliau yang turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Polis Sarawak berkata, ada banyak sumbangan serta pengorbanan polis Sarawak ketika Ops Daulat di Lahad Datu.

Menurutnya, antara pencapaian yang signifikan pasukan dari Sarawak iaitu PGA dari Kuching ialah terlibat dalam pertempuran sengit dengan pihak musuh ketika operasi di Kampung Tandou, Lahad Datu, empat tahun lalu.

“Dalam pertempuran itu seramai 18 orang musuh berjaya ditembak mati oleh pasukan kita, 

“Pastinya saya amat berbangga sekali dengan pencapaian tersebut,” katanya.

“Sebab itu, saya sendiri mahu memakaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada wira-wira Ops Daulat disini, atas rasa bangga terhadap pencapaian serta pengorbanan mereka” tambahnya.

Terdahulu, Khalid menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada seramai 265 penerima di Dewan Pahlawan Briged PGA Sarawak Batu Kawa Kuching. - Sarawakiana
Khalid Dedah Sumbangan Signifikan PGA Sarawak Ketika Ops Daulat Khalid Dedah Sumbangan Signifikan PGA Sarawak Ketika Ops Daulat Reviewed by Admin on January 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.