Seo Services

Polis Kerah Anggota Dari Luar Untuk Keselamatan PRN Sarawak


KUCHING: PDRM terpaksa membawa masuk ke Sarawak anggota dari Sabah dan Semenanjung untuk membantu tingkatkan kawalan keselamatan semasa proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bantuan anggota dari luar Sarawak perlu dibawa masuk agar tidak mengganggu tugas anggota di balai dan pondok polis di negeri ini.

Menurutnya, jumlah anggota serta keperluan logistik yang diperlukan akan meningkat berikutan jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertambah sebanyak 11 kerusi, daripada 71 kepada 82 kerusi.

"Kalau kita tengok saluran mengundi sahaja ada lebih 2,700,  dan setiap saluran pilihan raya perlu ada satu anggota," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Beliau menambah, PDRM perlu membuat persediaan rapi kerana ada daerah terletak jauh di kawasan pedalaman serta sukar untuk sampai ke tempat tersebut.

“Biarpun tarikh PRN-11 belum diumumkan, namun kita perlu buat persediaan lebih awal untuk memastikan proses Pilihan Raya berjalan dengan lancar,” katanya. - Sarawakiana
Polis Kerah Anggota Dari Luar Untuk Keselamatan PRN Sarawak Polis Kerah Anggota Dari Luar Untuk Keselamatan PRN Sarawak Reviewed by Admin on January 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.