Seo Services

PDRM Dalam SKMM Banteras Salahguna Media Sosial


Jawatankuasa khas pengawasan persekutuan memutuskan bahawa pihak polis akan mengambil alih semua siasatan berhubung penyalahgunaan media sosial.

logo media sosialMenteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak berkata, anggota polis juga akan ditempatkan dalam jabatan siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai usaha penyelarasan antara agensi.

“Kami telah memutuskan bahawa siasatan akan diketuai pihak polis dengan bantuan SKMM dan Jabatan Peguam Negara yang melantik Timbalan Pendakwa Raya untuk tujuan ini.

“Keputusan dibuat untuk menyelaraskan tindakan kita, dan kita telah mengenal pasti undang-undang, yang memboleh kami gunakan bersama-sama untuk mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan media sosial,” katanya di Cyberjaya.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Mohd Salleh bertujuan melumpuhkan pengguna Internet yang menyalahgunakan medium itu untuk memfitnah dan menghasut untuk memperkecilkan atau menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan, bertemu buat kali pertama hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abdu Bakar, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr. Halim Shafie serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

“Mesyuarat bersetuju, bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menggunakan media sosial bagi tujuan memfitnah, menyalahgunakan atau menghasut orang lain untuk memperkecilkan kedudukan atau menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan,” katanya. - BNBCC
PDRM Dalam SKMM Banteras Salahguna Media Sosial PDRM Dalam SKMM Banteras Salahguna Media Sosial Reviewed by Unknown on January 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.