Seo Services

Kes Pertama Jangkitan Zika Menerusi Hubungan Seks


AUSTIN, Texas: Kes pertama jangkitan virus Zika di Amerika Syarikat yang dilaporkan di sini pada Selasa oleh pegawai kesihatan menyatakan ia berpunca menerusi hubungan seks dan bukan gigitan nyamuk, sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat antarabangsa.

Virus itu yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran dalam beribu-ribu bayi di Brazil, kini merebak dengan pantas di benua Amerika dan pegawai WHO menyuarakan kebimbangan ia boleh melanda Afrika dan Asia.

Zika yang pada awalnya merebak menerusi gigitan nyamuk Aedes, dan kes terkini yang menyatakan ia juga boleh merebak menerusi hubungan seks adalah suatu perkembangan yang sangat membimbangkan.

Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Wilayah Dallas berkata, ia menerima pengesahan kes di Dallas daripada Pusat Kawalan Wabak dan Pencegahan Amerika Syarikat.

Jabatan itu berkata, individu itu dijangkiti menerusi hubungan seks dengan seseorang yang pernah pergi ke Venezuela.

Pegawai kesihatan wilayah itu berkata, orang yang dijangkiti tidak melancong ke negara Amerika Selatan.

Jabatan Kesihatan Texas pula berkata: "Butiran lanjut kes sedang dinilai tapi kemungkinan hubungan seks dari orang yang dijangkiti kepada orang yang tidak dijangkiti hampir pasti ada dalam kes ini." - Reuters

Kes Pertama Jangkitan Zika Menerusi Hubungan Seks Kes Pertama Jangkitan Zika Menerusi Hubungan Seks  Reviewed by uMieySurianie on February 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.