Seo Services

Singapura Berminat Bangunkan Semula Tarikan Semulajadi Sarawak

Foto : channelnewsasia

Singapura mahu membantu membangunkan tarikan semulajadi yang belum diterokai di Sarawak.

Pengarah Perbadanan Singapura Enterprise (SCE) Asia Pasifik Kevin Chong, berkata beberapa siri mesyuarat diadakan sejak beberapa bulan lalu bagi membincangkan kerjasama yang berpotensi dalam sektor pelancongan di negeri ini.

“Kami masih belum memuktamadkan apa-apa lagi, tetapi Sarawak terkenal dengan aset alam semula jadi, yang menjadi tarikan rakyat Singapura selama ini.

Kini, kami ingin berkongsi pengalaman pelancongan dengan kerajaan bagi membolehkan tarikah semulajadi Sarawak dapat dikongsi dengan dunia,” kata Chong ketika ditemui di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SCE dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA).

SCE diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Wy Mun manakala LCDA pula diwakili Datuk Sulaiman Husaini.

Chong berkata, laluan udara semasa yang menghubungkan Singapura dan Sarawak telah membuka negeri ini bukan sahaja kepada rakyat Singapura tetapi juga kepada dunia.

“Tiada tempoh masa untuk MOU ini tetapi kita akan mula menyaksikan kemungkinan kerjasama tidak lama lagi,” kata Chong. - TRP
Singapura Berminat Bangunkan Semula Tarikan Semulajadi Sarawak Singapura Berminat Bangunkan Semula Tarikan Semulajadi Sarawak Reviewed by Unknown on February 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.