RIYADH: Arab Saudi, pengeksport minyak mentah terbesar dunia, menaikkan harga April untuk minyaknya ke Asia dan Eropah tetapi mengurangkan sedikit harga untuk penghantaran ke Amerika Syarikat (AS).
Langkah itu diambil selepas harga minyak mencatat beberapa keuntungan dengan minyak mentah Brent Laut Utara mencapai AS$37 setong manakala kontrak minyak AS, WTI naik menghampiri AS$34 setong.
Konglomerat minyak negara Arab Saudi, Aramco berkata, harga minyak mentah ringan Arab bagi Asia telah dinaikkan AS$0.25 setong mulai Mac tetapi kekal AS$0.75 setong di bawah harga penanda aras.
Gred super ringan dan terlebih ringan juga telah dinaikkan, katanya Aramco dalam satu kenyataan.
Negara Asia, terutama China, kekal sebagai pasaran terbesar bagi Arab Saudi dan rakan Teluk dan telah menyaksikan persaingan sengit dalam pasaran yang menyaksikan lebihan penawaran.
Untuk kontrak Barat Laut Eropah, minyak mentah ringan Arab Saudi telah dinaikkan AS$0.35 setong tetapi kekal AS$4.60 setong di bawah harga penanda aras, kata kenyataan itu.
Semua gred lain turut dinaikkan sebanyak AS$0.20 setong tetapi masih kekal jauh di bawah harga penanda aras, kata Aramco.
Kerajaan Arab Saudi mengurangkan sedikit harga April untuk semua gred eksport ke AS sebanyak antara AS$0.20 hingga AS$0.30 setong.
Untuk penghantaran ke Asia Barat, Riyadh mengurangkan sedikit harga dua gred tetapi mengekalkan baki dua yang lain. - AFP
Arab Saudi Naikkan Harga Minyak Ke Asia, Eropah
Reviewed by Admin
on
March 03, 2016
Rating:

No comments: