Seo Services

Hubungan Malaysia-Arab Saudi berada pada tahap tertinggi

RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud berpendapat hubungan Malaysia dan negaranya kini berada pada tahap tertinggi dan akan terus diperkukuh pada masa hadapan.

Pengiktirafan itu dinyatakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadap baginda di kediaman diraja itu di sini pada Rabu.

"Apa yang dinyatakan baginda kepada saya ialah baginda amat berpuas hati dengan tahap hubungan antara kedua-dua negara kini," Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas menamatkan lawatan kerja di Arab Saudi yang bermula pada 29 Februari.

Beliau memaklumkan bahawa Raja Salman juga kagum terhadap pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara, sesuatu yang dipandang tinggi oleh Arab Saudi.

Najib berkata, bagi pihak Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, beliau menyampaikan jemputan kepada Raja Arab Saudi itu untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia. - Bernama


Hubungan Malaysia-Arab Saudi berada pada tahap tertinggi Hubungan Malaysia-Arab Saudi berada pada tahap tertinggi Reviewed by Admin on March 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.