![]() |
gambar hiasan |
Benggang dengan keadaan tersebut, si suami terus membelasah lelaki yang berusia dalam lingkungan 50an bersama dengan tiga lagi rakannya sebelum beredar dan melarikan beberapa barang peribadi mangsa termasuk wang tunai.
Memetik petikan sumber dari sebuah akhbar tempatan, insiden tersebut berlaku setelah pasangan terbabit ‘kantoi’ ditemui oleh suami wanita yang dikatakan selalu keluar bersamanya.
Difahamkan, suspek utama bersama tiga lagi rakannya dikatakan membelasah mangsa dengan menggunakan tukul besi sehingga menyebabkan kecederaan di kepala serta badan mangsa.
Mangsa yang berasal dari Kampung Bobak, Bau itu segera melaporkan kejadian tersebut di balai polis sebelum dia dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Sehingga berita ini ditulis, siasatan lanjut dari pihak polis masih dijalankan.-Sarawakiana
Isteri Curang "Kantoi" Dengan Suami
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2016
Rating:

No comments: