KAHERAH: Seorang lelaki yang hilang sejak 22 tahun lalu menemui semula keluarganya selepas menyiarkan rayuan dalam televisyen dan laman Facebook, lapor akhbar tempatan semalam.
Penonton televisyen dan pengguna Facebook yang melihat mesejnya itu menghubungi keluarganya yang menetap di pusat bandar Asyut, di mana Mohammed Abdullah Rahouma dilaporkan hilang ketika berumur tiga tahun.
Ketika itu, Mohammed pulang dari kedai di bandar berkenaan, tetapi sesat dan terus hilang dalam kejadian pada 1994 itu, kata mereka.
Dia dijumpai dan dibesarkan seorang janda, yang kemudian menyerahkannya kepada rumah anak yatim dan di situ, dia mula mencari keluarganya.
Menurut laporan, ujian DNA menunjukkan Mohammed anak kepada sebuah keluarga di Asyut dan mempunyai lima adik beradik perempuan.
“Dia bertemu dengan keluarganya dan mereka bersatu sekali lagi,” kata sumber polis. - Agensi
Disatukan Facebook Selepas 22 Tahun Hilang
Reviewed by uMieySurianie
on
March 03, 2016
Rating:

No comments: