Seo Services

Lebih Sejuta Layak Mengundi Di Sarawak


KUCHING: Buat julung kalinya, lebih sejuta pemilih berdaftar layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 yang dijangka diadakan penghujung bulan depan.

Pada Taklimat Media PRN Sarawak Ke-11 oleh wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Sarawak kini mempunyai seramai 1,141,294 pengundi.

Daripada jumlah itu, seramai 25, 042 mendaftar sebagai pengundi awal dan 106 mendaftar sebagai pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Statistik itu juga menunjukkan jumlah pengundi wanita mengatasi pengundi lelaki iaitu seramai 571,462 orang berbanding lelaki 569,832.

Pengundi yang berusia lingkungan 40 hingga 49 tahun mencatat jumlah paling ramai iaitu 269,728 diikuti yang berumur 30 hingga 39 (237,440), 50 hingga 59 (239,843), 60 hingga 69 (153,219), 21 hingga 29 (136,755), 70 hingga 79 (70,703), 80 hingga 89 (25,916) dan 90 keatas seramai 7, 690 orang.

PRN-10 yang diadakan pada 2011 Sarawak mempunyai seramai 979,796 pengundi berdaftar. - Metro
Lebih Sejuta Layak Mengundi Di Sarawak Lebih Sejuta Layak Mengundi Di Sarawak Reviewed by uMieySurianie on March 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.