Isu NCR atau Tanah Adat Bumiputera telah menjadi tajuk kempen politik pihak pembangkang Sarawak sejak sekian lama. Untukmelemahkan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional Sarawak isu tersebut berlegar dikala kempen meraih sokongan sedang berlaku. Malah terdapat propaganda yang tidak sepatutnya berlaku disebalik usahIa Kerajaan Barisan Nasional Sarawak berusaha mengambil inisiatif terbaik untuk memberi hak tanah adat bumiputera (NCR) seadil-adilnya. amun pembangkang terus menekan rakyat dengan kenyataan yang amat mengelirukan rakyat yang belum memahami sebenar hak NCR dan asal usulkewujudan NCR.
Hak Adat Bumiputera ke atas tanah menurut adat resam bumiputera diiktiraf oelh Rajah semenjak 1840 apabila beliau menulis dalam journalnya Vol 1 : "Pokok buah-buahan di kampung sehingga ke bekas penebangan (Jungle Wound) adalah harta persendirian.
Rajah Order IX pada tahun 1875 mengiktiraf amalan umum kaum-kaum bumiputera meneroka hutan tua. Dengan berbuat demikian, hak adat keatas tanah telah diwujudkan tetapi hak sedemikian akan hilang sekiranya tanah tersebut dibiarkan tidak terjaga.
Pada 1920 pula, Land Order mengwujudkan satu katogeri tanah yang dipanggil 'Pegangan Bumiputera yang mana bumiputera dibenarkan untuk menduduki tanpa sebarang bayaran untuk menanam pokok buah-buahan. Juga mengkhendaki semua tanah yang diduduki oleh orang bumiputera, menurut adat mereka, untuk penanaman pokok buah-buahan, padi, sayuran, keladi yang seumpamanya hendaklah didaftarkan dan direkod berkenaan tuntutan tersebut disimpan oleh Ketua Kaum dan di Pejabat Tanah.
Dalam seksyen 66 Land Settlement Ordinance 1933 telah memperuntukkan Hak Adat Bumiputera akan diiktiraf berhubung dengan perkara :
(a) Tanah yang ditanam dengan pokok buah-buahan itu berjumlah 20 pokok dan ke atas untuk setiap ekar.
(b) Tanah yang diduduki secara berterusan atau yang telah ditanam atau didirikan rumah dalam tempoh 3 tahun.
(c) Tapak perkuburan atau pemakaman.
(d) Hak laluan biasa untuk manusia atau haiwan daripada sungai, jalan atau rumah menuju ke salah satu di atas.
Pada tahun 1939 Secretariat Circular No 12 mengiktiraf hak ke atas tanah boleh diwujudkan dengan cara menebang hutan dara dan keperluan untuk 'melindungi' hak tersebut tapi menekankan tiada kaum atau individu boleh memegang tanah melebihi keperluan.
Begitulah pengiktirafan Hak Tanah Adat Bumiputera sehingga Adat Tusun Tunggu diperaktikkan oleh bumitera selepas itu. Asal hak tanah tersebut perlu difahami sebenar-benar agar rakyat yang berhak tidak mudah terkeliru kenyataan yang begitu mengelirukan oleh pihak pembangkang. Rakyat harus mengetahui hak tanah mereka sebenar dan sah untuk mendapatkan Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR)
Di Awal Pengiktirafan Tanah Adat Bumiputera (NCR)
Reviewed by Unknown
on
March 04, 2016
Rating:

No comments: