![]() |
Gambar Hiasan |
GENEVA – Seorang gadis berusia 23 tahun nekad keluar dari rumah ketika berusia 11 tahun kerana tidak tahan melihat ibu dan bapa tirinya yang sering melakukan hubungan seks secara terbuka merata tempat di dalam rumah mereka.
Menurut sumber, gadis yang merupakan anak sulung itu dan adik-adinya trauma akibat sering menyaksikan perbuatan ibu dan bapa tiri mereka.
Namun begitu, pasangan suami isteri itu telah dihadapkan ke mahkamah di Switzerland berikutan perbuatan yang sering dilakukan sehingga menyebabkan anak-anaknya dalam keadaan trauma. Mereka dihadapkan di sebuah mahkamah di Vevey dekat sini.
Memetik daripada satu sumber, pasangan berkenaan juga sering berbogel di rumah mereka, Walau bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut.
Difahamkan, pasangan tersebut disyaki turut melakukan penderaan seksual ke atas anak mereka yang berusia lapan tahun.
Hal demikian dilaporkan oleh jiran mereka kepada pihak polis dan siasatan terus dilakukan sejurus laporan diterima.
Namun pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang bukti bahawa berlaku penderaan seksual. Polis bagaimanapun terus menyiasat bagi mencari punca anak-anak mereka menjadi trauma.
Menurut gadis itu, ibu dan bapa tirinya melakukan seks di ruang tamu, balkoni dan di dalam kereta tanpa cuba menyembunyikan perbuatan berkenaan.
Ibu Bapa Sering Lakukan Seks Terbuka, Anak Jadi Trauma
Reviewed by uMieySurianie
on
March 04, 2016
Rating:

No comments: