Penduduk di sekitar Lahad Datu diminta supaya sentiasa berjaga-jaga susulan kejadian gempa bumi yang kali ketiga berlaku di daerah berkenaan.
Pensyarah Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Felix Tongkul berkata, dalam jangka masa 18 hari terdapat tiga kejadian gempa bumi kecil berukuran 3.3-35 skala Richter di perairan Telukan Darvel berdekatan bandar Lahad Datu.
"Kejadian ini mungkin menjurus kepada dua kemungkinan iaitu pelepasan tenaga Seismos tersimpan secara kecil-kecilan di kawasan berkenaan dan jika ini berterusan ia dapat mengelak terjadi pelepasan tenaga yang lebih besar pada masa hadapan.
"Kemungkinan kedua, ini adalah penanda kejadian gempa bumi yang lebih besar. Gegaran kecil ini dirujuk sebagai gempa pendahuluan (Foreshock), ini bermaksud gempa pendahuluan boleh berlaku beberapa hari atau beberapa minggu sebelum gempa utama terjadi," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Menurutnya, apapun kemungkinan, penduduk di sekitar kawasan Lahad Datu dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga. - Hmetro
Lahad Datu Dinasihatkan Berjaga-Jaga
Reviewed by Admin
on
March 04, 2016
Rating:

No comments: