Seo Services

Urmila Matondkar kahwin teman lelaki pada majlis tertutup


MUMBAI: Pelakon Urmila Matondkar mengikut jejak langkah aktres Preity Zinta apabila mengakhiri zaman bujangnya dengan mengahwini model Mohsin Akhtar Mir dalam majlis serba ringkas pada petang Khamis.

Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan anak saudara pereka fesyen terkenal, Manish Malhotra pada Disember 2014 dan jatuh cinta.

Mir dilaporkan 10 tahun lebih muda daripada Urmila.

Urmila pernah membintangi beberapa filem hebat seperti Judaai dan Satya, Mir cuma membawakan watak tidak penting dalam filem tetapi mencipta nama dalam bidang peragaan.

Tabloid DNA di Mumbai memetik bintang Rangeela itu sebagai berkata: "Kami mengadakan majlis yang eksklusif dan untuk keluarga dan rakan kerana itu kehendak keluarga.

"Kami perlukan restu semua untuk memulakan perjalanan baru kehidupan kami."

Malhotra adalah satu-satunya selebriti yang hadir pada majlis berkenaan.

Bercakap kepada Hindustan Times mengenai perkahwinan itu, Malhotra berkata: "Urmila ialah rakan baik saya dan saya gembira untuk beliau.

"Beliau kelihatan amat gembira dan saya harap ia berkekalan." - AGENSI

Urmila Matondkar kahwin teman lelaki pada majlis tertutup Urmila Matondkar kahwin teman lelaki pada majlis tertutup Reviewed by Admin on March 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.